SKIM INSENTIF SARAAN MODAL

PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING
PERJANJIAN USAHASAMA

Perjanjian ini berlaku pada tarikh 01.01.2010 antara LIVE BOUQUET ENTERPRISE yang diwakili oleh EN. AZIZAN BIN OTHMAN No. Kad Pengenalan 69XX1X-0X-5X0X yang selepas ini disebut “Penganjur” dengan TUKKLEY ENTERPRISE yang diwakili oleh EN. ABDUL RAHIM BIN MUSA No. Kad Pengenalan X40XX8-0X-X1X1 yang selepas ini disebut “Pengelola”.

Tanggungjawab, Tugas dan Peranan Penganjur

1. Pihak penganjur menanggung semua kos perusahaan seperti yang berikut :

I. Kos pembangunan bangsal baka / induk
II. Kos dan bekalan sangkar baka / induk
III. Kos dan bekalan baka / induk
IV. Kos dan bekalan makanan ternakan baka / induk
V. Kos dan bekalan bahan keperluan sampingan dan ubatan / rawatan baka / induk

2. Menguruskan pentadbiran , akaun / rekod dan / atau penyata kewangan projek.

3. Membekalkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan pengelolaan dan / atau pengendalian dan pembiakan baka / induk .

Tanggungjawab, Tugas dan Peranan Pengelola

1. Menyediakan tapak projek dan / atau kawasan pembangunan projek.

2. Mengelola, mengendali, memelihara, menjaga baka / induk dan / atau ternakan.

3. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan kawasan, bangsal dan / atau sangkar ternakan.

4. Melaporkan perkembangan projek dari masa ke semasa atau pada bila-bila masa diminta oleh pihak Penganjur atau wakil yang dilantiknya.

Pembahagian Tanggungan, Hak, Hasil dan / atau Pendapatan

1. Pembahagian hasil hendaklah dilakukan 3 minggu selepas pada bila-bila masa induk / baka melahirkan anak.

2. Penganjur berhak mendapat ½ atau 50 % dari bilangan anak / hasil pembiakan dari baka yang dipelihara 3 minggu selepas pada bila-bila masa induk / baka melahirkan anak.

3. Pengelola berhak mendapat ½ atau 50 % dari bilangan anak / hasil pembiakan dari baka yang dipelihara 3 minggu selepas pada bila-bila masa induk / baka melahirkan anak.

4. Bahagian anak / hasil yang setelah dibahagikan seperti yang dipersetujui adalah menjadi hak milik dan tanggungan masing-masing sepenuhnya.

5. Bahagian anak / hasil yang setelah dibahagikan seperti yang dipersetujui tidak lagi termaktub dalam perjanjian ini.

Pelanggaran / Pembatalan Perjanjian

1. Penganjur pada bila-bila masa boleh menjual induk / baka dan / atau mana-mana aset projek dengan syarat mendapat kebenaran dan / atau persetujuan pihak Pengelola terlebih dahulu atau memberikan kepada Pengelola sebahagian dari nilai jualan sebagaimana diminta / dipersetujuinya.

2. Penganjur pada bila-bila masa boleh menarik diri / membatalkan perjanjian dengan syarat
melepaskan hak milik bangsal baka / induk kepada Pengelola dan berhaklah Penganjur mengambil kembali baka / induk beserta aset-aset lain seperti sangkar, stok makanan ternakan dan lain-lain perkara yang dibeli / diperoleh oleh Penganjur.

3. Pengelola pada bila-bila masa boleh menarik diri / membatalkan perjanjian dengan syarat membayar kos pembangunan bangsal kepada pihak Penganjur dan menyerahkan baka / induk beserta aset-aset lain seperti sangkar, stok makanan ternakan dan lain-lain perkara yang dibeli / diperoleh oleh Penganjur atau melepaskan semua hak Pengelola dalam perjanjian ini dan membenarkan Penganjur mengguna / memanfaatkan bangsal baka / induk di atas tapak projek ini bagi suatu tempoh yang diminta / dipersetujui oleh Penganjur.

4. Pembatalan perjanjian ini boleh berlaku pada bila-bila masa apabila terdapat suatu persetujuan lain secara bersama antara pihak Penganjur dan Pengelola untuk membatalkan perjanjian ini.